Tuesday, September 8, 2015

Allah kan ada.....

Teks: Hidayah Zainal Abidin
Foto: Carian Google

Dalam menjalankan rutin seharian, kadang-kala kita tersasar dari matlamat asal. Kadang-kala pula mungkin caranya tidak betul. Selalulah bermohon pada Allah, rujuk pada Allah.


Mengenang kepada beberapa perkara yang telah terjadi di dalam hidup saya, sesungguhnya mintalah pada Allah dan Allah akan tunjukkan jalan. Cepat atau lambat sahaja. Mintalah pada Allah dengan sabar dan menjaga solat. Jangan sampai kita terbawa-bawa oleh emosi dan merasakan Allah tidak mendengar doa kita.

Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, minta dengan istiqamah. Minta yang baik-baik, bersangka baik dan yakin hanya yang baik-baik akan diberi oleh Allah. Pernah suatu ketika dulu, seseorang memberitahu saya, "Allah mengikut sangkaan kita". Jadi untuk yang terbaik, bersangka baik lah dengan Allah. Doa yang baik itu akan melantun jua pada kita.

Saya yakin sedeqah akan membuka pintu segala rahmat dan menolong kita keluar dari kesusahan. Mama selalu berpesan untuk bersedeqah sama ada dalam keadaan senang ataupun susah. Apabila waktu susah kita bersedeqah RM100 pun terasa begitu bernilai namun dengan niat 'lillahitaala' kita memohon supaya dikeluarkan dari kesulitan dan minta diberi petunjuk olehNya. Yakinlah Allah akan melipatkali gandakan nilai RM100 itu, apatah lagi disedeqahkan pada waktu susah. Percayalah akan sentiasa ada rezeki untuk kita pada waktu dan hari itu.

Saya juga ingin berkongsi kisah sahabat saya yang telah bersedeqah dan berniat supaya dengan sedeqah itu anaknya diberikan nikmat kesihatan. Anaknya mengalami eczema yang teruk dan juga antibodi yang kurang. Berkat keikhlasan dan istiqamah dalam mengerjakannya Alhamdulillah menunjukkan hasil. Harus diingat, doa disertai dengan usaha dan akhirnya bertawakal dalam mengharapkan pertolongan Allah. Allah suka hambaNya yang berusaha.

Sebagaimana terjemahan surat Ar-Ra'd ayat 11. ....إِنَّ اللَّهَ لا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ .... artinya: “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ”.

Sebagaimana manusia biasa lain saya juga kekadang ditimpa masalah dan sesungguhnya hanya Allah tempat mengadu dan memohon supaya ditunjukkan jalan yang benar. Moga kawan-kawan di luar sana juga diberikan kekuatan untuk menghadapi cabaran hidup ini.

Akhir kalam, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat. Tetapkan usaha dan teruskan berdoa dan berdoa dan berdoa. Doa yang baik-baik saja untuk semua orang.

Friday, September 4, 2015

Siapa saya....

Teks: Hidayah Zainal Abidin

Bismillah......... 

Alhamdulillah.....Hari ini bermulanya catatan harian saya sebagai seorang blogger, akhirnya digerakkan juga hati ini utk menyelesaikan kerja yg bertangguh ...

Untuk beberapa minggu atau sebenarnya dua bulan yang lepas saya sgt sibuk dgn pelbagai misi mendalami ilmu online markerting. Ianya bukan sesuatu yg mudah utk dilakukan, beralih bidang secara tiba-tiba. Juga desakan di dalam diri utk keluar dari 'boundaries' biasa dan melakukan perkara yang bukan kebiasaan.

Saya seorang ibu kepada 5 cahayamata dan telah bekerja dari tahun 2002 (belum sempat hari graduasi dah bekerja :)). Julai yg lepas menandakan berakhirnya karier makan gaji saya dan sekarang saya menumpukan sepenuh masa berada di rumah. Masih lagi dalam proses menyesuaikan diri dan mmmm susah utk dikatakan saya seorang yg pandai menguruskan masa....Kenapa begitu ya? Sedangkan dulu sewaktu bekerja saya agak cekap menguruskan masa antara anak-anak dgn waktu kerja. Ini lebih kepada saya ingin 'fill in the gap' sewaktu saya sibuk dulu dgn masa yg ada sekarang. Sudahnya saya byk habiskan masa dgn anak2 (ya sangat banyak), 'retail theraphy' di samping menguruskan order pelanggan-pelanggan untuk perfume secara santai.

Berhenti kerja bukanlah sesuatu yg mudah utk dilakukan, apatah lagi saya mmg bekerja di bidang yg diminati - perakaunan. Saya 'graduate' UNITEN di bidang perakaunan dan kerja pertama saya adalah sebagai 'management trainee'. Tahun demi tahun saya bekerja dan dinaikkan pangkat, bertukar kerja di industri yg lain dan pernah juga bertugas sebagai PTD di jabatan kerajaan hampir setahun. Namun, disebabkan tiada 'passion' akhirnya saya kembali ke perakaunan di bidang swasta. Bekerja di bidang swasta , bak kata pepatah 'every penny counts' dan saya bertahan kerana 'passion'. Namun, sebagai isteri berkerjaya dan anak-anak yg semakin membesar, 'priorities' saya berubah.

Banyak faktor yg 'contribute' utk saya berhenti kerja, salah satunya ialah MASA. Anak semakin besar dan saya rasa makin ketinggalan dgn perkembangan mereka. Kemuncaknya apabila Mac lalu minat saya tetiba meluntur dan jiwa memberontak apabila terpaksa 'stayback' walaupun sebelum ini ia bukanlah sesuatu yg saya rasa terpaksa. Pernah dalam seminggu saya balik jam 6 pagi dan hari-hari seterusnya jam 3-4 pagi, jiwa saya menangis kesiankan anak-anak. Keputusan ini juga memberi impak yg besar pada status kewangan kami (almaklum komitmen besar) dan kami suami isteri berbincang dan berbincang. Pada Allah kami berserah selepas berterusan melakukan solat istikharah dan semoga Allah merahmati apa yg kami lakukan dan melapangkan rezeki kami.

Pada mulanya saya menjual perfume secara kebetulan disebabkan saya mmg suka akan perfume. Perempuan mana yg tak suka kan perfume, sedangkan Rasulullah pun suka wangian dan termasuk dalam sunnah kan. Bermula dgn kawan-kawan dan kemudian saya juga ingin menolong orang lain mendapatkan perfume berkualiti dengan harga yg berbaloi. Mungkin inilah lorong yg Allah tunjukkan dari awal sebab saya terjebak dengan jualan perfume pun baru 9 bulan dan kalau ikut personaliti sy sbg akauntan yg 'rigid' saya mmg tak boleh menjual ':D'. Biz ini memula hanyalah suka-suka bukanlah sebagai 'side income' sebab Alhamdulillah gaji saya cukup. Tapi saya begitu passionate dengan perfume dan lama-lama menjadi semakin seronok walaupun dalam kesibukan bekerja dan menguruskan rumahtangga. Seperti 'escapism' dari rutin harian. 

Sudah mengambil keputusan utk berhenti kerja dan tiada gaji tetap, maka fokus saya pada jualan online perfume dan saya rasakan sungguh banyak ilmu yg diperlukan utk berniaga secara serius. Sangat byk ilmu yg perlu dituntut - apatah lagi ilmu yg di luar bidang biasa. Ikutkan hati semua kelas mengenai perniagaan online saya nak pergi. Akhirnya, pilih punya pilih, pencarian ini membawa saya kepada ABDR dan di sinilah saya bermula sbg blogger.

Doa-doakan saya yea. Moga kita semua dalam rahmat Allah sentiasa.